Result final exam tahun 6 dah keluar,
Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Syukur ya Allah.
Akhirnya tamatlah ceritera drama tanggungjawab saya sebagai mahasiswi perubatan Universiti Zagazig, Mesir setelah 6 tahun setengah bertungkus lumus, berendam airmata, bermandi keringat, memerah otak sebagai seorang pelajar. Now I am a graduand, not yet a graduate.
Terima kasih Allah, kerana menganugerahkan kejayaan bermakna buat hamba lemah ini. Alhamdulillah!
Terima kasih ayah, berkat pengorbanan, airmata dan keringatmu anakmu ini berpeluang menjejakkan kaki ke ardhul kinanah, mengenal bumi Tuhan seterusnya mampu bergelar sebagai seorang pelajar perubatan. Terima kasih ibu, berkat doa dan airmata mu Alhamdulillah anakmu ini lulus jugak akhirnya. Terima kasih umie, tok ayah, cik na, cik sue, ayah cik, ayah ngah, ayah lan, che g, ayah cik, aunty sue, kak long, jue, meq, ejah, eis, adik, sep cuci, doctors, professors, cikgu-cikgi dari tadika sampailah universiti, to all of my friends, roommate, housemates, semua2 lah. Panjang lahai kalau nak ku sebut satu- satu. Terima kasih! Hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga Allah memberkati kita semua. Saya sayang anda semuuuuuuaaaaa.
Sungguh2 tak sangka selepas hampir give up, selesai jugak pengajianku. Hampir mengalah ketika di tahun 5. Berkeras tak nak sambung dah masa balik cuti tahun lepas. Semangat dan motivasi dah memang tahap zero. Rasa macam jatuh dalam lobang paling dalam yang takde sape boleh tolong bantu aku naik balik. Semuanya nampak kelabu. Berkeras jugak parents ku suruh beli tiket balik ke Mesir. Akhirnya aku menurut perintah, tak nak kecewakan mereka selepas banyak mereka berkorban untuk aku. Apabila niat kita baik, sungguh Allah akan bantu. Sungguh terbatasnya hamba Mu ni, dan sungguh kuasa Mu tiada terbatas. Allah Maha Berkuasa. Yakin dan percaya.
Limited I am, limitless HE is.
ALHAMDULILLAH !