winter sekarang makin melangkah menjengukkan dirinya ke bumi bertuah ini,ramai yang makin bimbang berat badan mereka terutamanya saya!
makan perlu disukat,takut terlebih berat macam tahun lepas...
balik Malaysia hari tu ramai yang tegur "bakpo koho bulat nih,dulu dop gini more"....adusssss
tidakkkkk.........
berikut adalah petua yang saya jumpa kat internet masa tengah memblogger,petuanya sangat senang je..
iaitu minumlah AIR KOSONG banyak2 kerana....
Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan 'supplement' atau pembedahan.
Petua turunkan berat badan dengan air kosong:
1)Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml =
(40 X berat badan dalam kg)+ 500 ml
contoh pengiraan:
Berat badan Ali ialah 75kg.
(40 X 75)+ 500 = 3620 ml
Ali perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.
2) Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.
contoh:
Ali minum segelas air teh tarik di kedai mamak. Jadi Ali perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.
Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil 500ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.
Berikut adalah kelebihan minum air kosong:
1) Kurang rasa lapar, sekaligus selera makan akan berkurang.
2) Buah pinggang dapat bekalan air yang cukup untuk memproses pembakaran gumpalan lemak.
3) Mengatasi masalah sembelit dan buasir.
p/s: Selain itu,kepada mereka yang rumahnya bertangga,naik turun tangga setiap hari pun dah dikira membantu menurunkan berat badan.
lagi2 kat mesir ni memang nak tak nak memang wajib naik turun tangga ni.
setakat ini sajelah post saya kali ni,moga2 berjumpa lagi di lain 'post'.
No comments:
Post a Comment