Semua orang sekarang sibuk berkempan,saya pun tergerak hati nak tunaikan kewajipan saya jugak.Tapi saya tak pandai nak reka ayat berbunga-bunga.
Jadi,saya nyatakan di sini 10 sebab kenapa saya memilih beliau sebagai pemimpin.
10 SEBAB SAYA MEMILIH BUKHARI MUSLIM
1. memimpin berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah...insya-Allah
-Islam yang muslim, tak semua orang Islam adalah muslim. Apakah maksud muslim? Cari sendiri jawapan namun sepanjang saya mengenali dan berkerja bersama beliau, Dr.Bukhari seorang yang muslim, insya-ALLAH!
2. hafiz...al-Quran didada
"Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan Rasul dan ulil amri (pemegang kekuasaan)
di antara kamu. Kemudian jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (sunnahnya) jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."
-an-Nisa' 59-
3. bakat kepimpinan beliau terserlah..
-berdasarkan pengalaman rakan sekolah beliau sememangnya berjiwa pemimpin dan disenangi oleh guru-guru, lantas menjadi perwakilan pelajar since sekolah lagi.
4. hikmah dan matang dalam tindakan
-Umur bukanlah kayu ukur kematangan. Namun,bagi Dr.Bukhari sebagai anak lelaki sulung dr 9orang adik-beradik, menggalas bebanan keluarga setelah pemergian ayah...cukup untuk mendidik personaliti beliau,menjadi orang yg matang.
-Dalam mesyuarat,beliau akan diam untuk berifkir,lantas bersuara bila buah fikiran diperlukan.
5. lantang dalam menyuarakan pendapat,berfikiran tajam...insya-Allah!
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Bahawa Allah suka pada pandangan yang tajam ketika berhadapan dengan kekeliruan dan Allah suka pada akal yang matang ketika nafsu menyerang."
6. bersedia menerima teguran dan muhasabah untuk memperbaiki diri...positif dan berlapang dada
7. tegas dalam kelembutan dan lembut dalam ketegasan
"Wahai orang-orang yang beriman! Barang siapa di antara kamu yang murtad (keluar) dari agamanya,maka Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap tegas terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), Maha Mengetahui."
-al-Miadah 54-
-Ya, mungkin ada yg tidak senang dgn ketegasan beliau. Tapi, apa salahnya tegas dalam menegakkan tuntutan Allah, dalam masa yg sama meraikan kalam manusia. Tak hidup dek puji, tak mati dek keji!
8. Nilai PENGORBANAN yang tinggi...
-nak jadi ketua bukan senang, sepanjang kenal rapat dengan Raisah PCZ, masa tidur perlu dikorbankan, masa belajar dalam kesibukan, harta sendiri menjadi milik persatuan. Pengorbanan sangat dituntut kalau nak jadi ketua.
-Mintak jadi musyrif tak pernah tolak, lepas kelas terus pergi Malaysian Student Affairs nak uruskan budak Malaysia, turun naik department uruskan kelas, kelas tak pernah ponteng, apa lagi la yang kita cari pada Bukhari ni?
9. daya tarikan semulajadi...ngeee nama pun mencerminkan peribadi
-kemas, kreatif, tenang, tak pernah marah, walaupun takde lah kacak sangat tapi segak dalam budi bicara..
10. saya yakin dengan beliau, saya yakin dengan pilihan saya dan saya memilih beliau kerana Allah!
daripada Abi Zar katanya:
"Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu kamu engkau melantikku?" Baginda menepuk bahuku dan bersabda: "Wahai Abi Zar, sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."
Sabda Nabi s.a.w:
"Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancuran."
SUMBER: pengalaman sendiri, ulasan dari kenalan rapat & rakan sekerja Dr. Bukhari sendiri. apa2 pun, Wallahu'alam
Tunaikan kewajipan anda. Jom kita sama-sama turun mengundi 28 Disember ini dan jangan lupa pangkah MOHD BUKHARI MUSLIM BIN MOHD NADZIM!
Bagi anda-anda, beri 10 sebab kenapa anda TIDAK memilih Bukhari Muslim sebagai Pengerusi PCZ 2011...hehe=)
Undilah dengan bijak. Undian anda menentukan masa depan bersama.
Saya nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan selamat hari lahir untuk Dr. Bukhari Muslim yg ke-21. Semoga Allah permudahkan segala langkah perjuangan dan kurniakan kejayaan dunia akhirat.
-BEST WISHES FOR BOTH OF THEM-
No comments:
Post a Comment