Bismillah,
7 Disember 2012
Hari yang penuh terisi dengan pelbagai perasaan. Tawa, gembira, suka, duka, debar, cemas, geram, puas hati. Semua cukup set.
Bermula dari pagi Fatayat Games,
- Dengan tak semena-mena disuruh mewakili group kuning / 'the bee' untuk Jenga. Kebetulan saya berada di tempat kejadian. Okeh, saya tak pernah sentuh pun benda tu! Tapi bila dah start main, lama jugak blok tu nak jatuh. Sakit jantung betul main benda nih. Dub dab dub dab.. Akhirnya kemenangan berpihak kepada bukan kumpulan kami. ;')
- Ketika sedang asyik meraikan kemenangan sukaneka, dikejutkan dengan berita seorang pelajar tercedera. Jatuh ketika bermain netball dan tangannya dipijak oleh dua orang pemain lain. Sakit... Berkejar ke hospital sebagai wakil Medical Team. Ammu teksi pulak tak nak cooperate, dah la mintak mahal 10 genih yang sepatutnya 5 genih saja. Lantak kamu lah ammu, malas layan.
- Di hospital, doktornya pulak ganas kemain. Tengok orang sakit, dengan kita-kita rasa sakitnya. Buat X-Ray, tapi semua normal. Tak berapa lama kemudian, adik tu pulak pening-pening, unilateral blurring of vision, nausea. Doktor suspect increase ICT (Intracranial Tension), suruh buat CT scan. Tapi dengan keadaan sakit macam tu, maunya nak..memang tak lah.
- Dari hospital berkejar balik ke rumah. Nak terbang ke Cairo pulak, teman aunty yang datang dari Malaysia. Sekali bila dah sampai rumah, katanya tremko dah sampai. Dengan lengkap pakaian sukan plus bau semerbak mewangi, bertolak ke Cairo.
- Lepas check-in hotel, melayang pulak ke City Star Mall. My sis nak cari phone. Pusing-pusing sampai penat, at last beli jugak Sony Xperia U. Tiba masa dan ketika di Etisalat Center, ada cerita lain menanti. Dimasuknya 'micro-sim' ke dalam lubang normal sim, terlekat di situ. Dipendekkan cerita, jadi kes polis jugak sebab tak mahu mengaku salah. Ada pulak dia kata "It's your fault!" Mak oi terkejut den, apakah.. layan pelanggan begitu kah?? Ceritanya sangat panjang (dari jam 7.30 malam sampai jam 11 malam) malas mahu taip. Akhirnya ETISALAT terbukti bersalah. Dapat ganti rugi phone baru. Yahoooo.. Jom boikot Etisalat ramai-ramai!!!! Geram, geram, geram!!!!
- Dengar cerita group kami juara keseluruhan Fatayat Games 2012. Victory ~
- Sebelum terlupa, sehari sebelum (6 Disember) berjalan-jalan ke Qaumiyah. Dengan tak semena-mena terkena gas pemedih mata. Berair-air dah mata ni, hidung dengan tekak semua dah sakit. Demostrasi anti-Mursi katanya. Baliknya, jalan memang lengang. Terpaksa balik berjalan kaki, tiada satu pun kereta atau tremko mau ke Salam.
Kesian mereka, minda mereka masih dijajah oleh pro-Mubarak. Ya Allah jagalah Mesir dan Dr.Mursi. Sungguh kuat dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh beliau. Begitulah, perjuangan untuk kebenaran bukan mudah. Halangan ada di mana-mana. Sila baca berita untuk keterangan lanjut.
#Hari ni saya ada exam! Best of luck untuk saya :)