Thursday, February 23, 2012

Tulis pada Pasir

Mereka bilang,
kalau ada terguris rasa
Tuliskan pada pasir semua luka dan duka
Sekali ombak menyerbu, 
Rasa itu turut dihanyut pergi
Hilang tiada jejak


Mereka bilang,
Andai jiwa terluka parah
Lakarkan pada layang-layang semua rasa
Sekali tali terputus
Biar terbang bersama angin
Hilang tiada kesan


Mudahnya kalau benar boleh diukir pada pasir, 
dilakar pada layang-layang
terus pergi bersama ombak deras, bersama angin


Sungguh,
Dendam terhebat adalah KEMAAFAN
Kerana memaafkan itu lebih MULIA..

Sakit, dendam, patah
mengadu pada DIA, minta dari DIA, berdoa pada DIA
kerana DIA Yang Maha Tahu..


Rumah Ayam,

Zagazig

"Best revenge? Smile, be happy and never let them know it hurts!"
...but it hurts, inside

 ".. dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." 
(Surah An-Nur:22)


"Dan segeralah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."
(Surah Ali-Imran:133-134)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...