Pabila rindu datang menyapa,
sedih, pilu, hampa...tangis, sesak.
Ah..apakan daya aku ini hamba yang lemah
hanya mampu berdoa.
Aku tahu, kerana kekuatan ukhuwwah fillah aku teguh.
tika lemah, tika diri makin futur ada tangan ihsan datang menghulur
terima kasih ya Allah kau hadirkan mereka untukku.
Sungguh indah ikatan itu..
ikatan berteraskan cinta Allah..
ikatan yang memerlukan pengorbanan.
Namun,
Ada ketika diri ini terlalu rindukan belaian dan pelukan, usapan sayang.
kata manis dan nasihat dari bonda nun jauh di bumi tanah tumpah darahku.
Senyuman rindu bonda, harapan kasih ayahanda..
sabar menunggu sebuah kepulangan..
Ya Allah, Kau limpahkanlah rahmat dan cinta-Mu kepada mereka.
sungguh mereka terlalu istimewa buat diri ini.
Ya Allah, hati ini amat rapuh.. rapuh sekali,
sungguh aku tak daya. Kuatkan ia ya Allah !
Hanya Engkau sahaja yang paling mengerti..resah gelisah, jiwa hamba.
Sungguh aku insan lemah, aku insan hina...serba kekurangan.
Kau berikan yang terbaik buat kami, tunjukkan yang terbaik buat kami..
Allah Ya Allah... Allahu Rabbi !
Bisikku pada diri :
"Teguh biar Terluka, Senyum biar Payah, Jangan terus Rebah !"
Rumah Ayam,
Zagazig
April 2012

No comments:
Post a Comment