بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Sebenarnya saya di sini bukan nak cakap pasal mimpi, tapi kenyataan. Ok, drop the subject!
Al kisahnya.. Saya selalu dengar kawan-kawan cakap belajar medik ni lagi mendekatkan diri kita pada Allah. That's right! Saya mengalaminya. Nak tahu kenapa? Ok, tahun satu kita belajar subjek 'Human Anatomy'. Tentang tubuh seorang manusia. Ajaibnya kejadian manusia. Sungguh, manusia itu sendiri bukti kehebatan Allah. Subhanallah! Bagaimana Allah menciptakan kita begitu sempurna sekali. Urat saraf, saluran darah, mata, mulut, sistem pernafasan dan segalanya lagi, semunya tersusun indah dan memainkan peranan yang sangat besar. Entah, saya tak pandai nak bercerita.. Kesimpulannya, kejadian manusia itu sendiri satu seni yang sangat unik.
"Dan di bumi terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang yakin."
"Dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memerhatikan?"
[az-Zariyat 20-21]
[az-Zariyat 20-21]
Subjek 'Forensic' tahun 4 mengingatkan saya tentang kematian. Ketika doktor tekun mengajar bab 'Post mortem Changes', tiba-tiba termuhasabah sendiri bagaimana keadaan saya nanti bila saya mati. Somatic death, molecular death, rigor mortis, putrefaction, arborisation, etc... mesti saya dan kamu akan mengalaminya. Bila mana tubuh menjadi kaku, pucat tak bernyawa, primary flaccidity, loss of all reflexes, kerana setiap daripada kita akan merasai mati. Bila, ketika dan penyebab kita tak tahu. ya Allah! Sungguh kita tak bersedia lagi nak menghadapi saat kematian. Tapi itu PASTI akan berlaku. Astaghfirullah! Ampuni kami ya Allah! Astaghfirullahal 'azim! Terus-terusan beristighfar.
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami."
[al-Anbiya' 35]
Exam yang bakal menjelang tiba tak lama lagi sungguh-sungguh kita berusaha. Semua orang nak berjaya, semua orang nak cemerlang. Pulun siang malam studi. Tapi, adakah kita yakin exam tu nanti kita PASTI menghadirinya. Mungkin hari exam kita demam, sakit, patah kaki, pengsan atau kita dah tiada. Kita tak tahu.. Walaupun usaha kita dah gempak apa-apa boleh jadi kan? Wallahu 'a'lam!
Cakap pasal kematian, itu sudah tentu PASTI setiap orang akan mengalaminya. Namun, namun... apa usaha kita? Semua orang mendambakan syurga, mana kesungguhan kita untuk menghadapi ujian yang terbesar? Ujian yang kita PASTI akan hadir tapi bila dan ketika hanya Tuhan yang tahu.
Benda yang pasti itu patut dikejar! Jangan biarkan kita mengejar sesuatu yang tiada kepastian menyebabkan sesuatu yang pasti itu keciciran. Nauzubillah.
Usaha, usaha jugak tuk exam ni tapi....akhirat jangan lupa!
Kata seorang sahabat,
Cakap pasal kematian, itu sudah tentu PASTI setiap orang akan mengalaminya. Namun, namun... apa usaha kita? Semua orang mendambakan syurga, mana kesungguhan kita untuk menghadapi ujian yang terbesar? Ujian yang kita PASTI akan hadir tapi bila dan ketika hanya Tuhan yang tahu.
Benda yang pasti itu patut dikejar! Jangan biarkan kita mengejar sesuatu yang tiada kepastian menyebabkan sesuatu yang pasti itu keciciran. Nauzubillah.
Usaha, usaha jugak tuk exam ni tapi....akhirat jangan lupa!
Kata seorang sahabat,
"Kematian adalah motivasi terbaik!"
Kenapa? sebab dengan mengingatkan tentang kematian kita akan berusaha yang terbaik untuk menjadi hamba yang terbaik dihadapan-Nya.
Pepatah juga ada menyebut,
"Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati."
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan."
[al-Hasyr 18]
Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi bernyawa. Merasai nikmat terbesar yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-Nya. Nikmat hidup. Nikmat iman dan islam. Alhamdulillah! Sama-sama kita berusaha untuk mendekatkan lagi diri kita kepada Allah. Apa yang ada di langit dan di bumi semuanya milik Allah!
Pandang ke langit, ucapkan Astaghfirullah! Subhanallah! Alhamdulillah!
"Maka barang siapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya."
[al-Kahfi 110]
.....................
Buktikan dgn bersungguh-sungguh sifat-sifat kekuranganmu, nescaya Allah membantumu dengan sifat-sifatNya. Pergantungan kita hanya kpd Allah!
# Biar mimpi sampai ke bintang, tapi hati selalu ingat Tuhan!


No comments:
Post a Comment