Thursday, June 28, 2012

What I Said And What HE Said

Bismillah wal hamdulillah!

I said: My sins are so many.

Allah said : 
"And who can forgive sins except Allah?" 
[3:135]

I said : Do not leave me.

Allah said :
"So remember Me; I will remember you." 
[2:152]

I said : I'm facing a lot of difficulties in life.

Allah said : 
"And whoever fears Allah ? 
He will make for him a way out." 
[65:2]

I said : I have many dreams that I want to come true.

Allah said :
"Call upon Me; I will respond to you."
[40:60]




If you keep ALLAH at the centre of your life, 
everything else will be alright then! Trust HIM :)


"Hasbunallahu wa ni'mal wakil"

Sunday, June 24, 2012

"BEAUTIFUL STORY"



A boy said to his father: "I saw a girl and I want to marry... her. She is so beautiful and she has gorgeous eyes. The father answered his son: of course son, let’s ask for her hand in marriage."

When the father saw the girl, he admired her beauty and he told his son: "You don’t deserve this girl, she needs someone who has experience in life and she can depend on, someone like me."

The boy was surprised by the attitude of his father and he told him : "She will marry me, not you”. They started to fight and finally they decided both to go to the police station to solve their problem.

When they tell their story to the police officer, he told them:”bring the girl so we can ask her about her opinion about this. " When the officer saw the beauty of the girl he said to the boy and his father:”you both don’t deserve her, she needs someone who has prestige like me.”

The 3 men started a fight and decided to go to the minister to solve their problem. When the minister saw the girl, he said: "She deserves to be married with a minister like me”. The prince heard about their problem and call them all to help them solve it but and when he saw the girl he said : "This girl will marry me” .

All the 5 men started to fight. Finally, the girl said “I have the solution! I will start to run and whoever catches me first, he will be my husband”. When she started to run, the boy, his father, the police officer, the minister and the prince started to run to catch her. Suddenly the 5 men fell into a deep hole.

The girl looked to them from the top and she said “did you know who am I?”

I am the Dunya THE LIFE!!

People want to run to catch me, they are racing to have me.
By doing that, they forget their religion,
until they end up in their grave and won’t have me....!



# just sharing :)

Cerita Adik Dan Sunshine

Salam.
Sempat chat dengan kak long tadi. Kak long cerita kisah adik saya yang dua orang. Si kakak yang comel bertanya kepada si adik yang petah. Apakah maksud sunshine. Okeh, guess what, si adik dengan jujurnya memberitahu jawapannya. Katanya sunshine bermaksud pisau. Pisau?? Mata dah juling. Tangan garu-garu kepala. Cuba cari idea apa kaitan pisau dengan sunshine? Kenapa?  Sebab.. bila kita asah pisau, bunyi yang keluar adalah sunshine .. sunshine .. sunshine. dalam cerita perang pun bunyinya sunshine .. sunshine .. sunshine . cuba anda sebut sunshine .. sunshine .. sunshine...samakan! Jadik, sunshine adalah pisau. Pisau adalah sunshine. HAHA gelak tergolek ! Imaginasi budak umur 6 tahun memang sangat comel! Tak pernah tercapai dek akal langsung. =,=

Rasa macam nak gelak guling-guling. Sangat innocent! OH, rindunya budak tu..
Thats all my story :)


HB to my tok ayah! Semoga dipanjangkan umur dan dalam rahmat dan kasih sayang-Nya selalu 

Thursday, June 21, 2012

Mereka Yang Saya Sayang


Fikiran dah bercelaru. Hati dah sebu. Otak dah berdebu. Tepu.Tepu.Tepu.
Tepu dengan com med.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah! dah selesai oral commed semalam. Tutup buku. Harap-harap dah tak jumpa commed lagi dah. Insya-Allah! Kalau nak jumpa balik, kerja nanti. Mana tau kerja kat family health care. Itu cerita nanti.
Okeh, bukak buku baru. 1 Julai tarikh keramat. Ophthalmology menanti. Grrrrrrrr ~ insya-Allah boleh! Doakan kami ye sahabat-sahabat sekalian.
Usaha untuk Ophthal pulak nih.
Tadi chat-chat fb with ibu, rindu nak peluk ibu!! Thanks ibu. Terharu sangat!! Thanks very much, love you too..
Huma, huma…rindu Malaysia!! Rindu ayah yang 'bekeng' tapi baik! Rindu ibu yang sweet lagi comel! Rindu meq t0t koya! Rindu ejah gewe toin! Rindu eis genit! (tuan empunya badan dah 12 tahun tapi macam darjah satu) Rindu adek si mulut pot-pet! Rindu umie dan tok ayah! Tak lupa jugak kaklong di bumi Jordan tu..missing them :)http://static.ak.fbcdn.net/images/blank.gif

mood : nak balik malaysia !!

♥ ma daddy dan meQ 
♥ bujue, jijah, ciksue 
♥ adik adik 
♥ ummi 
♥ mek tot dan adik 

♥ siblings 

 ♥ si genit itu 
♥ our big family in pink 

♥ mereka juga termasuk dalam senarai 

Tak sabar nak balik nak jumpa mereka semua, insya-ALLAH ada rezeki dan diberi keizinan oleh Allah maka terpacaklah saya di bumi bertuah tanah tumpah darahku cuti summer nanti. Doakan kami sahabat-sahabat.. Semoga semunya dipermudahkan, dapat jawab exam dengan baik dapat keputusan cemerlang dan terus ber'lalalala' di malaysia di samping keluarga tercinta.
Insya-Allah!
BittaufiQ wannajah!

Syukur :)

Monday, June 18, 2012

Doa, Doa Dan Terus Berdoa..


When life is rough, pray. When life is great, pray.. pray and always pray :)
"O you who have believed, seek help through patience and prayer. Indeed, Allah is with the patient." [Al-Baqarah 2:153]

# selalu ada harapan bagi mereka yang berdoa, dan selalu ada jalan bagi mereka yang berusaha.  percaya dan yakin. jangan putus asa deh! semoga Allah redha :)

Kisah Tentang Doa


Bismillah wal hamdulillah. Sekadar perkongsian bersama berkisahkan doa.
Bercakap tentang doa, saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.
Cerita yang saya dengar itu begini:
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
MasyaALLAH
Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang. Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
“Aku buat beginilah yang jadi begini.”
“Doa aku makbul seh!”
“Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun.”
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Cerita itu sangat menyentuh hati saya.
Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.
Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.
kopi dan pasta dari sini >> http://www.langitilahi.com/


Semoga bermanfaat..
Semoga Allah redha saya dan kamu :)

Tuesday, June 12, 2012

Nota Cinta 2




" Tidak mungkin memulakan dahulu, seperti tidak ada rasa malu.
Tetapi adakah kehinaan terletak pada keinginan bagi menikah dengan lelaki soleh?
Adakah kemuliaan terletak pada penantian yang diisi dengan maksiat?
- Salim A.Fillah ( Biar Bidadari Mencemburui Dirimu ) -
♥  


# sangat suka bukunya! tak rugi baca..

Friday, June 8, 2012

Hakikat Pendosa!


berat.

sesak.

sakit.

tak sanggup lagi nak rasa

cantik kah lagi dikau duhai hati?
hitam. penuh noda
penuh karat dunia
dimanakah hati nurani itu

pendosa! itukah gelarannya?
ya! hakikatnya kami semua pendosa

malu
aku malu.
malu bertemu dengan-Mu

taubat!
ya! sucikan ia dengan taubat..

Rumah Ayam,
Zagazig
June 2012




"Aku memohon kepada-Mu. Tuhan yang Maha Agung. Tuhan yang tiada selainnya kecuali Allah. Yang hidup, yang sentiasa berdiri dengan sendiri. Aku bertaubat kepada-Mu dari segala dosa yang aku lakukan, sengaja mahupun tersilap, yang tersembunyi mahupun yang nyata, kecil mahupun besar. Sesungguhnya Dikau Maha mengampunkan dosa, pembuka hati, menutup keaiban, penyingkap duka, maka aku memohon keampunan kepada-Mu dari segala dosa yang tidak diketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui perkara yang ghaib, tiada daya dan kecuali dengan keizinan-Mu, Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."
..........................

# Hakikatnya kita semua adalah pendosa. Sucikan ia dengan taubat! 
Salam Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari..
Jom solat sunat Taubat!


Wednesday, June 6, 2012

Hadiahkan Aku Doamu


dugaan bertalu
biar memberati bahu
aku mampu
kerana adanya kamu
menemaniku apa adanya aku
 ♥  
.............................................................................................

Sahabat

Jika aku sahabatmu yang jahat
doakan aku berpaling dari kejahatan
Jika aku sahabatmu yang baik
doakan kebaikanku tulus dengan keikhlasan
Jika aku sahabatmu yang ikhlas
doakan keikhlasanku hingga ke akhirnya

Sahabat

Ingatkan aku ketika aku lupa
Pimpin aku ketika aku tiada arah tuju
Selamatkan aku ketika aku lemas dengan dunia
Temani aku apa adanya aku..

Gerakkan setiap tindakanku dengan doa
doakan aku agar aku menjadi sang pencinta yang tegar
doakan aku agar aku menjadi sahabatmu yang baik
doakan aku agar aku tidak lupa mendoakanmu juga..


** 'sep cuci' detik permulaan sebuah persahabatan. walau jauh beribu batu. tetap setia menemani hari-hariku.
** bait 'nafiesah' memori indah bersama mewarnai kamus hidupku.
** keluarga 'nur sakinah' membawa aku mengenal cinta dan airmata. jatuh bangunku menjadi saksi. cinta tiada akhirnya. 

Monday, June 4, 2012

IMTIHAN : BittaufiQ wal Mumtaz!

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


Ya ALLAH, sekiranya kegagalan kami membawa fitnah kepada ISLAM dan PERJUANGAN, maka KAU cemerlangkanlah kami dalam setiap perkara. Maka KAU cemerlangkanlah kami dalam setiap perkara. Maka KAU cemerlangkanlah kami dalam setiap perkara. Dan sekiranya kejayaan kami membuatkan kami jauh dari ISLAM dan PERJUANGAN, maka KAU lebih berhak menentukan yang selayaknya untuk kami. Kerana kami mengimani, tiada yang KAU takdirkan sia-sia, melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya.


SELAMAT BERTEMPUR !
SEMOGA KEJAYAAN MILIK SEMUA !
INSYA-ALLAH !



# saat ini rindukan sahabat 'study group' saya tahun lepas. kak dzarif, jijie, kak ain, anati. mereka yang cool ~ lepas studi tengok movie ;)

Sunday, June 3, 2012

Nota Cinta

Awak, kalau awak meminati seseorang, doakan untuknya. Tak salah doakan agar suatu hari nanti dia menjadi milik awak, tapi lagi sweet kalau awak doakan kebahagiaan dan kesejahteraannya. Doakan dia mendapat cinta Allah. Itu yang terbaik! Serahkan hati awak hanya untuk DIA.
♥ ♥ ♥


# maaf merapu :)

Friday, June 1, 2012

Apa Lebihnya Kita?

Bismillah! 
Sedang asyik mengemas buku yang bersepah, tiba-tiba terbelek diari lama yang dah berdebu. Tersentak sekejap. Isi yang saya tulis sendiri. Kata-kata yang pernah dituturkan oleh seorang senior semasa saya di tahun satu.

"Tidaklah hanya kita pulang untuk menambahkan statistik doktor di Malaysia. Jangan terkejut apabila kita pulang nanti, doktor dah berlambak di Malaysia. Apa lebihnya kita? Orang dah tak pandang sebab dah ramai sangat!" 


Tepat sekali! Dua ratus peratus saya setuju. Jangan jadi orang yang tiada apa-apa. Tin kosong. Kerana hakikatnya kita semua adalah luar biasa. Usaha luar biasa. Jadi luar biasa. Lain dari yang lain. Doktor acuan Mesir. Istimewa! Jika benar, apa buktinya ?


# Belajar untuk memberi. semoga Allah redha :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...