Friday, June 8, 2012

Hakikat Pendosa!


berat.

sesak.

sakit.

tak sanggup lagi nak rasa

cantik kah lagi dikau duhai hati?
hitam. penuh noda
penuh karat dunia
dimanakah hati nurani itu

pendosa! itukah gelarannya?
ya! hakikatnya kami semua pendosa

malu
aku malu.
malu bertemu dengan-Mu

taubat!
ya! sucikan ia dengan taubat..

Rumah Ayam,
Zagazig
June 2012




"Aku memohon kepada-Mu. Tuhan yang Maha Agung. Tuhan yang tiada selainnya kecuali Allah. Yang hidup, yang sentiasa berdiri dengan sendiri. Aku bertaubat kepada-Mu dari segala dosa yang aku lakukan, sengaja mahupun tersilap, yang tersembunyi mahupun yang nyata, kecil mahupun besar. Sesungguhnya Dikau Maha mengampunkan dosa, pembuka hati, menutup keaiban, penyingkap duka, maka aku memohon keampunan kepada-Mu dari segala dosa yang tidak diketahui. Sesungguhnya Engkau mengetahui perkara yang ghaib, tiada daya dan kecuali dengan keizinan-Mu, Tuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."
..........................

# Hakikatnya kita semua adalah pendosa. Sucikan ia dengan taubat! 
Salam Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari..
Jom solat sunat Taubat!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...