Bismillah,
Kenangan yang saya rasa saya nak patah balik kalau boleh, nak betulkan mana silap..
Satu,
Dulu-dulu suka beli buku comel-comel then kumpul biodata kawan-kawan. Masa tu dah darjah 6 lepas ni semua dah tak sama sekolah. Satu hari, ada dua orang sahabat saya ni berebut-rebut sorang nak tulis sorang lagi nak menyibuk nak tengok. Zapppp!! Terkoyak la buku yang cute lagi comel itu. Terus, menangis la tuan punya buku, iaitu SAYA. Satu kelas marahkan diorang. Kesian diorang, mintak maaf siap bayar duit ganti rugi lagi. Kalau ingat balik, eishhhh kenapa la saya menangis. Bukannya salah diorang pun, tak sengaja. Bukan tak boleh tampal balik. Manja kededek!
Dua,
Semasa pertandingan kawad kaki antara badan beruniform sekolah. Saya sebagai Pengerusi Puteri Islam Sekolah waktu tu lari bersembunyi dalam kelas kosong, semata-mata tak nak masuk pertandingan. (saya tak reti berkawad sebenarnya). Pening cikgu dibuatnya saya, satu sekolah dia pusing. Akhirnya, Puteri Islam yang tak berapa nak puteri, kalah tanpa bertanding. Puncanya SAYA!!! Saya!! Maafkan saya cikgu.. =,=
Tiga,
Sekolah rendah. Dapat surat cinta dari sorang budak ni, comel! (Entah comel lagi ke tidak dia sekarang) Dipaksa balas oleh seorang sahabat. Saya malu sangattttt!! Akhirnya balas jugak, tapi tapi tapi isi kandungannya hundred percent idea sahabat saya. Saya hanyalah juru tulisnya sahaja. Betapa lurusnya saya, kenapa saya salin semua yang sahabat saya lontarkan. Bila ingat balik isinya, ewwww mengarut!! Geliiiiiiiiiiiiii eww eww eww~ ~ ~
Empat,
Pernah bergaduh dengan kawan sekelas. Gaduh yang sangat sangat teruk. No tarik-tarik rambut ok! Sampai sekarang menyesal. Kalau lah waktu boleh diundur, sabar itu lebih baik. Betapa tidak matangnya saya dulu. I'm sorry, my dear friend! ~_~
Lima,
Zaman matrikulasi, time pilihanraya MPP tengah tunggu nak masuk line untuk mengundi. Tiba-tiba dalam satu line tu ada empty spot sebab orang belakang lambat bergerak. So, kawan saya tolak saya masuk dalam line tu. Kira potong que la. Then saya dengan bodohnya tanya orang belakang yang saya potong tuh "eh, tak pe ke?" . Dia buat tak tahu je. *maluuuuuuu haha itulah sape suruh dengan muka tak malu tanya, dah la potong line. Memang la dia bengang. Rasa macam lepas tampar dia, kita tanya "sakit ke?" . No manner, lain kali jangan buat lagi!
Pengajarannya, masa lalu tak boleh diundur. Betulkan yang sekarang agar nanti tak de menyesal menyesal. Yang lalu biarlah berlalu. Jadikan dia sebagai kenangan. Pengalaman adalah guru terbaik!
Selamat malam :')


No comments:
Post a Comment