Monday, May 13, 2013
Cerita saya sempena Hari Guru
Sekolah rendah.
Dulu, saya ada seorang guru lelaki berbangsa Cina. Setiap petang Rabu, beliau akan berulang alik dari Kota Bharu ke Rantau Panjang (sejam setengah perjalanan) untuk mengajar kami Matematik Abacus dan sempoa.
Awal tahun, penuh satu kelas kami. Last- last, tinggallah 3 orang yang setia termasuklah saya dan kakak. Habis kelas cikgu akan menghantar kami pulang ke rumah.
Beliau sangat pemurah dan suka menolong kami. Beliau jugak pernah belanja kami KFC kerana keputusan kami yang membanggakan. Ingat lagi, ketika kami menjamu selera di restoran KFC saya dan kakak saya tertunduk malu. Ramai yang memerhatikan kami kerana penjaga kami berbangsa Cina. Sekarang, saya sedar yang semua itu hanyalah perasaan kami semata. Perasaan budak yang tak matang plus PERASAN. Maafkan saya cikgu.
Beliau banyak berjasa dalam hidup saya dan kakak. Tanpa beliau saya takkan pernah tahu sepuluh jari kita ni boleh dikira sehingga 99 nombor. Sampai sekarang saya guna kaedah tu untuk mengira. Sangat senang! Okeh, sape yang tak tahu tu boleh tanya saya. Tanpa beliau, saya juga takkan pernah reti mengira menggunakan sempoa. Selalu tengok dalam drama-drama Cina je.
Tanpa beliau yang bersusah payah, kami takkan pernah menjejakkan kaki ke PWTC sebagai wakil negeri Kelantan dalam pertandingan Matematik Abacus (tak ingat peringkat apa) yang majoriti pesertanya adalah orang Cina, Melayu boleh kira dengan jari. Satu pengalaman yang cukup indah tanpa saya sedari suatu ketika dahulu. Sungguh, saya tak pernah hargainya dulu. =,='
Jika beliau masih hidup bernyawa di dunia ini, saya doakan beliau mendapat hidayah dari Allah SWT dan sekiranya beliau sudah tiada lagi saya doakan yang terbaik untuk beliau. Sungguh, banyak jasa beliau kepada saya.
Terima kasih cikgu yang tak pernah saya hargai dulu. Selamat Hari Guru!
#hargai mereka yang ada disekeliling mu sebelum mereka pergi. penyesalan tiada ertinya lagi.
TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU SAYA :
1. Guru pertama dan selama-lamanya - Ayah dan Ibu
2. Tadika KEMAS Taman Sri Rantau [1993-1995]
3. Tadika PASTI Rantau Panjang [1996]
4. Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang [1997-2001]
5. Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang [2002]
6. Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu [2002-2007]
7. Program Latihan Khidmat Negara, Selama, Perak [2008]
8. Kolej Mara Kuala Nerang [2008]
9. Universiti Zagazig [2008 - sekarang]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment