Saturday, February 14, 2015

Apa Baktiku Kepada Islam?

Bismillah walhamdulillah

Sungguh sungguh terkesan denga pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sungguh, beliau manusia hebat dan terhormat. Baktinya tercurah kepada perjuangan Islam. Pulangnya bertemu kekasih hati di hari mulia cukup indah sekali. Perjuangannya kepada Islam sejak zaman anak muda sampailah ke akhirnya. Penuh umurnya dengan ilmu dan jihad. Kalau beginilah sedihnya kehilangan pemimpin yang disegani, bagaimanalah sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dulu menerima berita kehilangan Baginda s.a.w yang paling paling dicintai.
Beliau merupakan idola sejak zaman sekolah lagi. Sering mendengar kisah perkhabaran beliau di media, melalui sahabat handai, keluarga dan di mana-mana saja. Sungguh - sungguh respek, pemimpin dan ulamak yang berwibawa. Walaupun sudah uzur, kerja-kerja di medan dakwah tak pernah luntur. Umur bukan penghalang untuk bekerja demi Islam. Pengakhirannya sangat mulia, disayangi penduduk dunia dan dirindui penduduk langit. 

Bezanya dengan aku bagai langit dan bumi. Bangun pagi mulanya hidup aku dengan ntah pape? Apa yang aku fikir? Apa baktiku pada Islam? Siangku penuh dengan aktiviti ntah pape? Ada baktiku pada Islam? Malamku dipenuhi dengan apa? Apa sumbanganku kepada Islam? Tulisan dan ideaku, ada menaikkan nama Islam? Apa bahan bacaanku sehari-hari? Ada menambah thaqafah Islam? Apa bukti aku berbakti kepada Islam? Apa bukti aku berkorban demi Allah? Apa bukti hidup dan matiku hanya kerana Allah? Dicuit sikit sudah berbalik ke belakang. Allahu Allah! T.T
Sungguh, saya manusia kecil yang masih mencari-cari arah mana harus dituju. Semoga Allah merahmati kita semua.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...