Thursday, November 5, 2009

Buat Temanku..


Bismillah,
Ikhlas dariku untukmu yang namanya sahabat....

Sahabat,
jangan kau kecewa kerana dunia,
jangan bersedih, kerana DIA ada bersamamu..
jangan berduka, kerana DIA ada disamping mu..
jangan kau putus asa..
Hikmah tersembunyi disebalik apa yang berlaku.
mungkin yang lebih baik sedang menunggu,
walaupun bukan di sini...
Bangkit !
bangkitlah dari kecewa semalam,
bangkitlah, teruskan perjuangan..
Aku tahu kamu kuat, aku tahu kamu tidak selemah itu..
walaupun seluruh dunia mengecewakanmu...
DIA tidak pernah menyisih..
Jangan bersedih..
ingatlah kepada DIA yang tidak pernah mengecewakanmu...
                                                                    
                                                      _lakaranhati DR.ASHIYA_

"Maka ingatlah kepada-Ku,Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.
Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh,Allah berserta orang-orang yang sabar."
~ al-Baqarah 152&153

"Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku,maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku."
~al-Baqarah 186

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."
~al-Baqarah 216

"Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman."
~Ali-Imran : 139

"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu,maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami."
~at-Thur: 48

Love, XOXO :)


2 comments:

intanpayung said...

min..xmaulah pindah!! waa~~~
sape nk kejut intan subuh? huhuhuhu

dr.ashiya said...

hehe...
sory,min gurau je tu...
xde maksud apa2 pun tau!
nk tgk reaksi korg je td,mesti t'kejut..
love u all n this house,especially our ro0m!
buruk2 pun i don't care..huhu
bait NAFIESAH forever (^.~)V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...