Sunday, April 28, 2013
Usaha, Jangan Putus Asa..
Bismillah.
Sepucuk surat dari seorang hamba Allah yang sedang sibuk berkempen untuk masa depan negara yang lebih baik.
Sila baca, senyum, dan mohon kongsi kepada rakan-rakan yang memerlukannya.
Saya nak kongsi satu ibrah yang saya belajar dari mesyuarat tadi.
Ketika berbincang, dan sedar banyak lagi kerja perlu dibuat, dan sedar kami tak mampu buat semua kerja, seorang hamba Allah mula bersuara,
"Kita buat kerja sekarang ikut kaedah Nabi Musa. Bila sedang dikejar Fir'aun, dan di hadapannya laut, Nabi Musa dah tak tahu nak buat apa. Allah kata lemparlah tongkat. Nabi Musa pun lemparlah tongkat, dan dengan kuasa Allah, laut terbelah dua.
Yang kita buat sekarang ni, adalah lempar tongkat. Itu usaha kita. Nabi Musa boleh pertikai Allah dan putus asa, lalu tak lemparkan tongkat. Tapi Nabi Musa buat usaha baginda.
Sama dengan kita, kita buat usaha kita, dan Allah akan tunjukkan kuasa dia.
Kaedah ini berulang-ulang dalam Al-Quran, seperti kisah Maryam.
Maryam yang sedang sarat mengandung, kena tolak pokok tamar, itu usaha dia, barulah tamar gugur.
Padahal logik akal tamar yang ranum pun takkan gugur, inikan pula yang kering. Dan tak kan wanita sarat mengandung disuruh tolak pokok tamar?
Dalam kedua-dua cerita, Allah amat berkuasa untuk terus membelah laut dan terus menggugurkan tamar tanpa Nabi Musa dan Maryam berusaha. Tapi Allah mengajar kita akan kaedahnya.
Kaedahnya, jangan putus asa, terus berusaha sekadar yang termampu, dan Allah akan tunjukkan kuasa Dia."
Rakan2, teruskan usaha! Hanya 7 hari sahaja lagi. PRU 13 =)
Senyum.
cp : sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment