Thursday, June 20, 2013

CINTA ; Ujian Hati


Cinta kadang-kadang datangnya sebagai ujian.
Ujian hati dan perasaan.
Sungguh, ujian hati lagi berat dari ujian akal dan fizikal.
Kuatkah hati menghadapinya.
Mungkin rasa yang dirasakan 'suci', bersulam nafsu.
Nafsu ingin memiliki.

Kerana cinta tak perlu memiliki.
Dia milik Allah. Kita milik Allah.

Cinta juga milik Allah.

Cinta adalah anugerah.

Tak perlu dipaksa. 
Tak perlu ditolak.
Kembalikan cinta kepada Allah.
Pemilik segala cinta.

Antara iman dan nafsu..
Aku berusaha meraih mahkota cinta dari Syurga.


Sungguh,
Jika tinggalkan sesuatu kerana Allah.
Allah akan berikan kebaikan yang banyak darinya.

Dan Sungguh,

Bila tiba saat yang tepat dengan orang yang tepat.
Insya Allah khair 'ala kulli hal.



dr. ashiya
Rumah Ayam
JUNE 2013

**ohhh jiwang karat berkilat-kilat mak aih.. syaitan, sila main jauh-jauh. mengganggu konsentrasi betul! shuuuuhhhhhh


**SENYUM tak perlu kata apa-apa :)

Monday, May 13, 2013

Cerita saya sempena Hari Guru


Sekolah rendah.

Dulu, saya ada seorang guru lelaki berbangsa Cina. Setiap petang Rabu, beliau akan berulang alik dari Kota Bharu  ke Rantau Panjang (sejam setengah perjalanan) untuk mengajar kami Matematik Abacus dan sempoa.
Awal tahun, penuh satu kelas kami. Last- last, tinggallah 3 orang yang setia termasuklah saya dan kakak. Habis kelas cikgu akan menghantar kami pulang ke rumah.

Beliau sangat pemurah dan suka menolong kami. Beliau jugak pernah belanja kami KFC kerana keputusan kami yang membanggakan. Ingat lagi, ketika kami menjamu selera di restoran KFC saya dan kakak saya tertunduk malu. Ramai yang memerhatikan kami kerana penjaga kami berbangsa Cina. Sekarang, saya sedar yang semua itu hanyalah perasaan kami semata. Perasaan budak yang tak matang plus PERASAN. Maafkan saya cikgu.

Beliau banyak berjasa dalam hidup saya dan kakak. Tanpa beliau saya takkan pernah tahu sepuluh jari kita ni boleh dikira sehingga 99 nombor. Sampai sekarang saya guna kaedah tu untuk mengira. Sangat senang! Okeh, sape yang tak tahu tu boleh tanya saya. Tanpa beliau, saya juga takkan pernah reti mengira menggunakan sempoa. Selalu tengok dalam drama-drama Cina je.


Tanpa beliau yang bersusah payah, kami takkan pernah menjejakkan kaki ke PWTC sebagai wakil negeri Kelantan dalam pertandingan Matematik Abacus (tak ingat peringkat apa) yang majoriti pesertanya adalah orang Cina, Melayu boleh kira dengan jari. Satu pengalaman yang cukup indah tanpa saya sedari suatu ketika dahulu. Sungguh, saya tak pernah hargainya dulu. =,='

Jika beliau masih hidup bernyawa di dunia ini, saya doakan beliau mendapat hidayah dari Allah SWT dan sekiranya beliau sudah tiada lagi saya doakan yang terbaik untuk beliau. Sungguh, banyak jasa beliau kepada saya. 


Terima kasih cikgu yang tak pernah saya hargai dulu. Selamat Hari Guru!

#hargai mereka yang ada disekeliling mu sebelum mereka pergi. penyesalan tiada ertinya lagi.


TERIMA KASIH KEPADA GURU-GURU SAYA :


1. Guru pertama dan selama-lamanya - Ayah dan Ibu
2. Tadika KEMAS Taman Sri Rantau  [1993-1995]

3. Tadika PASTI Rantau Panjang  [1996]
4. Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang  [1997-2001]
5. Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang  [2002]
6. Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu  [2002-2007]
7. Program Latihan Khidmat Negara, Selama, Perak  [2008]
8. Kolej Mara Kuala Nerang  [2008]
9. Universiti Zagazig  [2008 - sekarang]


Sunday, May 12, 2013

Consoling the soul


Dear self,


Allah must have His reasons why you’re in this position. If you give up right now, you’re not going to be able to know His reasons. So, please, stay strong and have patient, for Allah loves those who are patient and those who remain patient. Perhaps if you remain patient, He would tell you a bit sooner? Allahu a'lam. But remember, sooner or later, just have patient. Have your hopes high. Have Faith!

“And put thy trust in Allah, and enough is Allah as a Disposer of affairs.” [33:3]

“…put your trust in Allah, certainly, Allah loves those who put their trust (in Him).” [3:159]

“…But whoever puts his trust in Allah, then surely, Allah is All-Mighty, All-Wise.” [8:49]



*senyum itu indah :)


Sunday, April 28, 2013

Usaha, Jangan Putus Asa..


Bismillah.

Sepucuk surat dari seorang hamba Allah yang sedang sibuk berkempen untuk masa depan negara yang lebih baik.


Sila baca, senyum, dan mohon kongsi kepada rakan-rakan yang memerlukannya.

Saya nak kongsi satu ibrah yang saya belajar dari mesyuarat tadi.

Ketika berbincang, dan sedar banyak lagi kerja perlu dibuat, dan sedar kami tak mampu buat semua kerja, seorang hamba Allah mula bersuara,

"Kita buat kerja sekarang ikut kaedah Nabi Musa. Bila sedang dikejar Fir'aun, dan di hadapannya laut, Nabi Musa dah tak tahu nak buat apa. Allah kata lemparlah tongkat. Nabi Musa pun lemparlah tongkat, dan dengan kuasa Allah, laut terbelah dua. 

Yang kita buat sekarang ni, adalah lempar tongkat. Itu usaha kita. Nabi Musa boleh pertikai Allah dan putus asa, lalu tak lemparkan tongkat. Tapi Nabi Musa buat usaha baginda. 

Sama dengan kita, kita buat usaha kita, dan Allah akan tunjukkan kuasa dia. 

Kaedah ini berulang-ulang dalam Al-Quran, seperti kisah Maryam. 

Maryam yang sedang sarat mengandung, kena tolak pokok tamar, itu usaha dia, barulah tamar gugur. 

Padahal logik akal tamar yang ranum pun takkan gugur, inikan pula yang kering. Dan tak kan wanita sarat mengandung disuruh tolak pokok tamar?

Dalam kedua-dua cerita, Allah amat berkuasa untuk terus membelah laut dan terus menggugurkan tamar tanpa Nabi Musa dan Maryam berusaha. Tapi Allah mengajar kita akan kaedahnya. 

Kaedahnya, jangan putus asa, terus berusaha sekadar yang termampu, dan Allah akan tunjukkan kuasa Dia."

Rakan2, teruskan usaha! Hanya 7 hari sahaja lagi. PRU 13 =)

Senyum.

cp : sini

Saturday, April 27, 2013

Untukmu Pemuda/i



Betapa buruk pemuda
yang memiliki pekerti
mengorbankan adab
kerana nafsu sendiri,
kehinaan dituruti, padahal diri
mengetahui
kehormatan tercemar
dan kehinaan disenangi.

Wahai kedua mata,

kau nikmati pandangan
lalu kau susupkan kepahitan ke
dalam hati
hatilah yang memaksakan
kehendaknya,
kerana hati dan mata tidak
tunduk kepada Pencipta!

(syair arab)

Friday, April 26, 2013

Alhamdulillah!

Bismillah,
Sebelum baca yang selanjutnya jom kita tarik nafas, hembus.. tarik.. hembus.. tarik.. hembus.. Okeh lepas tu, istighfar tujuh kali.
Dah?
Alhamdulillah, perasan tak jarang jarang sekali kita merasakan syukur kepada Allah kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas dengan senang hatinya. Tak de sakit sakit, masih ada peluang lagi untuk bertaubat. Masih ada peluang lagi untuk berbakti dia atas bumi Allah ni. Alhamdulillah.
Jom sambung. Sebenarnya post kali ni dah basi 2 minggu. Tapi saya tak kira, bagi memenuhi ruang blog saya yang tak de idea ni jadi saya nak post jugak. Sila baca dengan hati yang tenang, dan.. jangan lupa senyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..!!
Terima kasih ya Allah!
Di saat hambamu ini lemah
Di saat hamba mu ini merasakan dia tak punya siapa siapa
Kau hadirkan mereka untuknya
Terima kasih kerana diri ini masih punyai kawan, sahabat dan teman.
Semoga Allah redha saya dan juga kamu. :)




All the best! ♥ U =)
-Jue-

Allah won't give u more than u can bear. HE might let u bend but HE won't let u break.
Penat itu akan hilang, pahala itu akan kekal. Bittaufiq wannajah. :)
-kak shark-

TQ very much buat naqibah yang cun & dedicated kerana banyak berkongsi ilmu. Bittaufiq wannajah.
-Hana Anuar-

Bittaufiq wannajah fil imtihan, fiddunya wal akhirah. Ukhuwah fillah abadan abada.
-Nisrin-

Sayang awak awak semua kerana Allah! Thanks much.. ~

Monday, April 8, 2013

Kring Kring Talipon Baru

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!
Dengan rasminya, hari ini talipon saya umurnya genap seminggu.

Kenapa saya nak sangat sangat beli talipon.
Kononnya dengan 'smartphone' saya ada google bergerak, saya ada medical dictionary yang boleh dikilik kesana kemari, saya boleh dengar heart murmur macam dengar mp3, saya boleh buat kerja even saya berada di luar 'kawasan'. Saya boleh whassap ibu, saya boleh viber adik adik. Saya boleh ni. Saya boleh tu.. bla bla bla. Kononnya..


TAPI!!!!
Tapi apa yang dah saya lakukan??
Hari hari kerja saya main game. Angry bird. Candy crush. Word search. 4 Pictures 1 Word. Ninja Fruits dan bannnnyaaaaaaaakkkkk lagi! Instagram, Twitter, serta adik beradik mereka.
What I have done? Ini namanya kejutan teknologi.
Exam lagi beberapa hari.. Rasa macam nak pergi terjun masuk dalam sungai sekarang jugak! Biar sedar diri sikit.

TAHNIAH sekali lagi kepada diri sendiri.

ALL THE BEST in your upcoming exams... Hadapinya dengan ilmu penuh di dada. Jangan lupa senyum. :')

-ini bukan saya punya-

*Memang orang selalu cakap, kat Mesir ni apa yang kita nak mesti dapat. Saya nak doa cepat kawen lah macam tu.

Saturday, March 30, 2013

Nak Beli 'Phone' Baru..

Salam..
Tengah mencari cari alasan kenapa nak beli 'phone' baru..
Okeh, saya kemukakan SEPULUH sebab kenapa dan kenapa..

Satu,
Charger fon lama rosak. Dah dua kali beli baru. Baik beli fon baru terus.

Dua,
Ibu selalu bising suruh beli fon baru. Nak whassap, viber, etc..free of charge. Tapi kalau mintak duit nak beli fon, "Sila pakai duit sendiri!"

Tiga,
Semua adik beradik saya pakai smartphone. Me excluded (T_T)

Empat,
Kalau nak buat kerja, senang. Maklumlah saya jarang ada di rumah. Kalau urgent nak pakai internet, phone kan ada..hikhik Bajet buzzy gilerss.

Lima,

Kita hidup di zaman moden. Kenalah ikut perkembangan zaman. That's so nafsu!

Enam,
Orang pakai fon canggih kita pun nak pakai jugak. Orang ada duit, kita ada..poket berlubang! Orang terjun masuk lubang, kita nak terjun jugak? 

Nafsu..

Tujuh,
Kalau tengok drama korea. Mesti diorang guna 'smartphone' yang canggih canggih. 

Nafsu..

Lapan,

Application dia sangat "WOW!!" 
Nafsu..

Sembilan,
Sebab saya nak!!!!
Nafsu..

Sepuluh,
Nafsu..blah blah blah

Kalau boleh, saya nak phone ni..


Senyum ;')

Friday, March 15, 2013

Takdir


Usah difikirkan soal takdir. 
Andai diri tak pernah berusaha ke arah itu.
Adakah takdir memungkinkan segala?
Doa adalah senjata.

Salam Jumaat! Semoga Allah redha saya dan juga kamu.

Senyum :)


Rumah Ayam,
Zagazig

Mac 2013

Thursday, March 7, 2013

Those lil thing that matter The Most


Bismillah.

Those lil thing that count the most

Those lil thing that provide blessing the most
Those lil thing that curve a smile the most
Those lil words that provide comfort the most
And yet, shall we still look out for that huge thing?
As tiny as it may seems to be, it is a huge blessings from Allah

‘Which of your Lord’s Blessings would you deny?’
[Surah Rahman]

Just love the words ~ here

Tuesday, February 12, 2013

Lelah

Tika wajah ini penat memikirkan dunia 
maka berwuduklah.

Tika tangan ini letih menggapai cita-cita
maka berdoalah.

Tika bahu tak kuasa memikul amanah
maka bersujudlah.

Ikhlaskan semuanya dan dekatlah pada Allah.

Agar tunduk di saat yang lain angkuh.

Agar teguh di saat yang lain terlempar.

Jangan berundur jangan goyah
Selagi tidak berada di puncak
Jangan berundur jangan goyah
Ingatlah Allah penentu segalanya..

Senyum ;')

Thursday, January 24, 2013

The Road Not Taken

Two roads diverged in a yellow wood, And sorry I could not travel both And be one traveler, long I stood And looked down one as far as I could To where it bent in the undergrowth; Then took the other, as just as fair, And having perhaps the better claim, Because it was grassy and wanted wear; Though as for that the passing there Had worn them really about the same, And both that morning equally lay In leaves no step had trodden black. Oh, I kept the first for another day! Yet knowing how way leads on to way, I doubted if I should ever come back. I shall be telling this with a sigh Somewhere ages and ages hence: Two roads diverged in a wood, and I - I took the one less traveled by And that has made all the difference.

-Robert Frost

Happy winter holiday! I wish i was in JORDAN/UK/PARIS/EUROPE/INDIA/TURKEY/ KOREA/MALAYSIA or somewhere on earth beside Egypt...haha I wish ~

Salam Maulidur Rasul.. :)

Monday, January 21, 2013

Cinta Budak Sekolah

Assalamualaikum w.b.t,
tiba-tiba rasa nak kongsi sesuatu. Banyak sangat baca tweet adik-adik belasan tahun berkaitan cinta. Bf/Gf yang sweet, ku tanam sayang, ku tanam rindu, cinta mati, ma pa. Ingat sweet la tewwGeli tau baca!!! Kalau dah kawen tu tak pe, ni SPM pun tak lepas lagi. Rasa macam nak unfollow je terus. =,='
Adik, perjalanan hidupmu masih panjang. Masih banyak perkara yang bakal dilalui. Masih banyak hal yang perlu dipelajari. Perjalanan masih jauh, kalau pun umur tak panjang, panjang lagi perjalanan di sana nanti. Hidup bukan hanya berkaitan cinta. Cinta tak kan ke mana kalau bukan kerana Allah. Kalau nak kawen saya tak halang, just go on. Ting lampu hijau menyala terang.
Saya tahu, dalam usia meningkat dewasa, perasaan itu sangatlah normal. Tambah-tambah lagi dikelilingi oleh kawan-kawan yang dah ada pakwe makwe, jeles tahu! Maklumlah darah muda, semuanya nak rasa. Saya pun pernah muda remaja macam adik-adik. Pernah laluinya dulu. (macam la tua sangat dah sekarang ni) Zaman sekolah memang zaman penuh warna warni! Nasihat saya sebagai senior yang tak berapa senior dari kamu-kamu yang di bangku sekolah, simpan hati adik tu dulu. Serahkan hanya pada Allah. Bila tiba saat dan ketikanya, cerita cinta yang lagi sweet da bomb cikebum bum bakal menanti. You just have to be patient. Jika yang masih belum pernah bercinta, bersyukurlah kerana Allah sedang menjaga hatimu supaya tidak jatuh ke tempat yang salah. Kalau sesiapa yang dah nak terjatuh tu cepat cepatlah patah balik sebelum terlambat. Belajar dulu, kejar cita-cita dulu. Banggakan mak ayah dulu. Belajar jadi hamba Allah yang cintakan mati. Sungguh, perjalanan hidup sangat panjang. The end of the story.
Pesanan ikhlas dari seorang kakak yang perasan tahu :)

#Alhamdulillah, saya tak pernah bercinta dan saya sangat sangat bersyukur untuk itu. 
#sudah cukup sudah tweet pasal cinta budak sekolah, pergi sambung belajar. nantikan i unfollow u !

*senyum :)

Tuesday, January 15, 2013

7 SUNNAH RASULULLAH S.W.T

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat dan sekejap, untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup"

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Wallahu A'alam...

Friday, January 11, 2013

Kenangan yang saya rasa nak patah balik

Bismillah,
Kenangan yang saya rasa saya nak patah balik kalau boleh, nak betulkan mana silap..

Satu,
Dulu-dulu suka beli buku comel-comel then kumpul biodata kawan-kawan. Masa tu dah darjah 6 lepas ni semua dah tak sama sekolah. Satu hari, ada dua orang sahabat saya ni berebut-rebut sorang nak tulis sorang lagi nak menyibuk nak tengok. Zapppp!! Terkoyak la buku yang cute lagi comel itu. Terus, menangis la tuan punya buku, iaitu SAYA. Satu kelas marahkan diorang. Kesian diorang, mintak maaf siap bayar duit ganti rugi lagi. Kalau ingat balik, eishhhh kenapa la saya menangis. Bukannya salah diorang pun, tak sengaja. Bukan tak boleh tampal balik. Manja kededek!

Dua,
Semasa pertandingan kawad kaki antara badan beruniform sekolah. Saya sebagai Pengerusi Puteri Islam Sekolah waktu tu lari bersembunyi dalam kelas kosong, semata-mata tak nak masuk pertandingan. (saya tak reti berkawad sebenarnya). Pening cikgu dibuatnya saya, satu sekolah dia pusing. Akhirnya, Puteri Islam yang tak berapa nak puteri, kalah tanpa bertanding. Puncanya SAYA!!! Saya!! Maafkan saya cikgu.. =,=

Tiga,
Sekolah rendah. Dapat surat cinta dari sorang budak ni, comel! (Entah comel lagi ke tidak dia sekarang) Dipaksa balas oleh seorang sahabat. Saya malu sangattttt!! Akhirnya balas jugak, tapi tapi tapi isi kandungannya hundred percent idea sahabat saya. Saya hanyalah juru tulisnya sahaja. Betapa lurusnya saya, kenapa saya salin semua yang sahabat saya lontarkan. Bila ingat balik isinya, ewwww mengarut!! Geliiiiiiiiiiiiii eww eww eww~ ~ ~



Empat,
Pernah bergaduh dengan kawan sekelas. Gaduh yang sangat sangat teruk. No tarik-tarik rambut ok! Sampai sekarang menyesal. Kalau lah waktu boleh diundur, sabar itu lebih baik. Betapa tidak matangnya saya dulu. I'm sorry, my dear friend! ~_~

Lima,
Zaman matrikulasi, time pilihanraya MPP tengah tunggu nak masuk line untuk mengundi. Tiba-tiba dalam satu line tu ada empty spot sebab orang belakang lambat bergerak. So, kawan saya tolak saya masuk dalam line tu. Kira potong que la. Then saya dengan bodohnya tanya orang belakang yang saya potong tuh "eh, tak pe ke?" . Dia buat tak tahu je. *maluuuuuuu haha itulah sape suruh dengan muka tak malu tanya, dah la potong line. Memang la dia bengang. Rasa macam lepas tampar dia, kita tanya "sakit ke?" . No manner, lain kali jangan buat lagi!

Pengajarannya, masa lalu tak boleh diundur. Betulkan yang sekarang agar nanti tak de menyesal menyesal. Yang lalu biarlah berlalu. Jadikan dia sebagai kenangan. Pengalaman adalah guru terbaik! 

Selamat malam :')

Tuesday, January 1, 2013

Perjalanan

Yang singkat itu adalah waktu.
yang menipu itu adalah dunia.
yang dekat itu adalah kematian.
yang besar itu adalah hawa nafsu.
yang berat itu adalah amanah.
yang sulit itu adalah ikhlas.
yang mudah itu adalah berbuat dosa.
yang susah itu bersabar.
yang sering lupa itu adalah bersyukur.

(Imam Ghazali)



#HappyNewYear..selamat tahun baru 2013! May Allah ease everything :)
#Fastabiqul khairat! 

"Maka berlumba-lumbalah kamu kepada melakukan kebajikan."
(al-Baqarah 148)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...